Basmalah

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sunday, 26 February 2012

Kita bagaimana?


Nukilan dari seorang sahabatku yang tinggal di Shah Alam.


 .بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ. اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 



Semoga dengan salam ini dapat mengukuhkan ukhuwah kita semua.
Umur aku 17. Sekarang tengah tunggu keputusan SPM. Aku bukan manusia sempurna, bukan juga manusia yang alim apatah lagi maksum. Aku cuma manusia biasa yang penuh dengan dosa. Salah satu tabiat aku, aku suka memerhati, menilai, dan berfikir tentang manusia, tentang dunia dan akhirat.

Suatu ketika pada 2011, aku pernah mengikuti satu rombongan di sekolahku. Kami bertolak menaiki bas seawal jam 5 pagi kerana perjalanan yang jauh. Kemudian kami berhenti rehat di satu R&R di kawasan kedah untuk solat subuh. Saat yang sangat mengharukan apabila aku melihat surau di situ bukan sekadar penuh tetapi melimpah sehingga terpaksa berjemaah sebanyak 3 imam. Sangat ramai orang. Sehinggakan ramai lagi yang hanya membawa kain sejadah dan solat subuh di pinggir longkang, di bawah pokok, di tapak permainan, di tepi jalan. Subhanallah.

Baru-baru ini aku turut mengikuti kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di masjid jamek Shah Alam. Kebetulan pada malam itu jugalah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu. Aku juga kagum dengan penduduk Shah Alam yang berpusu-pusu ke masjid, ternyata sambutannya meriah. Alhamdulillah.

Namun apa yang ingin aku ceritakan, pengalaman aku untuk pertama kalinya aku ke tempat 'itu'. Apa 'itu'?


Rabu, 22 Februari 2012.
Perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Jepun di Stadium Bukit Jalil.
Itulah kali pertama aku ke mana-mana stadium untuk menonton perlawanan bola sepak. Aku diajak oleh seseorang (A) yang tidaklah biasa pergi, tapi pernah beberapa kali pergi stadium. Dan kami ditemani oleh seorang lagi rakanku (B) yang tidak pernah pergi stadium.

Memanglah 95% dah jangka Malaysia kalah. Tapi cuma nak merasa buat kali pertama pergi stadium.

Kami sampai di sana dalam pukul 6 petang. Berpusu-pusu kereta yang hendak memasuki kawasan stadium. Akhirnya berjaya dapat parking. Biasalah kali pertama pergi, mestilah teruja, snap sana snap sini. Kemudian A tolong belikan tiket. Aku dengan B pergilah jalan-jalan, tengok-tengok barang yang ada dijual. Tiba-tiba kami dengar sorakan penyokong tegar Malaysia dari jauh. Mereka berkumpul di satu tempat, memakai pakaian hitam dan kuning. Dah macam kabilah la pulak. 

Kemudian A datang, dia dah belikan tiket. Kami pun jalan-jalan sementara ada masa lagi. Kemudian A tanya, "Nak duduk dengan Ultras Malaya (satu grup fanatik team bola sepak malaysia yang dianggotai oleh remaja dan belia) tak? Alaa aku pun bukannya join sangat diorang. duduk tepi-tepi je". A tunjuk ke arah 'kabilah' tadi tu.

Kami pun pergi la di pinggir-pinggir grup tu. Semua berpakaian serba hitam dan kuning. Tapi hitam lagi banyak. Ada yang rambut punk, pakai celak macam-macamlah.

Dalam pukul 7, diorang mula berarak masuk ke stadium. Diiringi bunyi gendang, lagu-lagu diorang, sorakan-sorakan semangat, wow hebatnya. Fanatik kot. Kami cuma ikut dari belakang. Tengah berarak menuju ke tempat duduk penonton, aku mula terfikir. Bila nak solat maghrib? A ada tanya, nak solat dulu ke? Aku hanya diam memikirkan. Kemudian B kata tak apalah, qadak la nanti, leceh nak solat kat sini. Aku ikut mereka. Lagipun aku nak ambil kesempatan ini, nak tengok Ultras Malaya. (Ya Allah ampunkanlah dosa aku Ya Allah). Sebaik aku teringat Allah, aku mula rasa tak kena dengan grup ni. Berarak ke stadium dengan sorakan, pelukan, jeritan. Sedangkan tengah senja, maghrib dah menjelang.

B ada cakap, kalaulah pergi sembahyang jumaat ramai macam ni kan bagus. Aku mengangguk. Betullah apa yang dia cakapkan. Berarak pergi stadium boleh, sambut Maulidur Rasul ada nak berarak? Semangat yang diorang ada tu bagus, kalaulah semangat yang sehebat itu dimasukkan ke dalam semangat fi sabillillah dalam jiwa anak muda ni, kan lagi bagus.

Begitulah seterusnya, secara tidak langsung aka berada sebahagian daripada mereka. "Kami turun ke stadium sehati sejiwa", antara sorakan mereka, kan bagus kalau digantikan "kami turun solat berjemaah sehati sejiwa kerana Allah". "Selamanya harimau malaya, hidup mati harimau malaya". Sedangkan dalam al-Quran ada kata, "Solatku, ibadahku, hidup dan mati hanyalah kerana Allah". Ditambah lagi makian terhadap pemain jepun dengan sorakan dan nyanyian, "jepun anjing", jika bukan kerana Islam sekalipun, adakah ini imej Malaysia yang nak ditunjukkan? Dengan jari tengah yang ditegakkan, apa maksudnya tu. Melayukah ini? Islamkah mereka itu?

Aku tertarik dengan sekumpulan lelaki berdekatan tempat dudukku. Dia mengajak kawannya di belakang untuk duduk di depan, kawannya mengatakan kalau duduk depan tak nampak game. Tiba-tiba yang mengajak ini berkata, "Alaa...jomlah duduk depan, banyak lagi kosong tu, penuhkan la saf kat depan tu dulu". Eh, tiba-tiba je penuhkan saf. Agak-agak kat surau/masjid dia berebut-rebut nak penuhkan saf depan tak?

Tangan yang digerakkan ke depan seperti menyembah dan kepala yang diangguk-angguk, aku semakin curiga dengan grup ini. Adakah mereka (orang-orang utama dalam Ultras Malaya) ini berasal dari kumpulan-kumpulan black metal atau seumpamanya yang hanya cuba menjadikan grup ini sebagai wadah untuk melalaikan lebih banyak anak muda kita?? Itu hanya persoalan aku. Tapi yang pasti, inilah salah satu jarum yahudi untuk melalaikan umat Islam dengan 5S [5S : Sport, Sex, Song, Smoke, Snack]. 

Itulah yang dilakukan mereka sepanjang perlawanan. Nak kata tengok perlawanan, bila time gol atau ade cubaan menarik je. Selebihnya, menyanyi, melalak, melompat-lompat, terangguk-angguk. Sampai aku cakap kat A, nak pergi duduk tempat lain boleh tak. Dia tanya nak duduk mana. “Nak duduk kat tempat lain la, bukan duduk dalam ultras Malaya”. “kat mana?kenapa?”. Aku pun tunjuk la tempat yang tak ramai sangat orang tu, “Kat sana ke...susah la nak tengok duduk sini, semua orang berdiri je”. “Eee, bosannya duduk sana. Alaa kalau tak nampak berdiri la”. Jadi aku pun stay la kat situ. Nak ikutkan hati rasa nak pergi je tempat lain tapi dah yang A tu yang bawa aku datang stadium, ikut la cakap dia. Bila semua orang berdiri, aku kena la berdiri sebab nak tengok perlawanan tu. Bila semua orang bertepuk tangan, melompat, aku seorang je yang tak buat. Mula la ada orang pandang. Aku pun buat je lah macam mana yang diorang buat. Melompat dengan tenaga yang dipaksa, kegembiraan dan senyuman yang aku ukir ternyata tidak dari hati. Aku terpaksa berpura-pura yang aku ‘enjoy’ macam diorang. Aku cuma harap Allah bantu aku pelihara dan teguhkan iman aku.

Ya, memang akan ada orang di luar sana yang membaca ini akan berkata ; alah biasa la tu. kolot la kau ni. memang dah jadi kebiasaan la orang kat stadium camtu. apa salahnya. tahan je telinga tu.
Kalau inilah perspektif orang kita, hancur! Memang betullah kata Nabi, pada akhir zaman ini, apa yang diajar dalam Islam akan jadi asing bagi umat Islam sendiri, contohnya cuba kat stadium tu azan maghrib, mesti semua orang akan pelik kan. Sebaliknya, yang ditegah Islam itulah yang menjadi kebiasaan. Na'uzubillah hi min zalik. Kalau ada orang beranggapan “ini perkara biasa, normal”, sedarlah bahawa anda telah membudayakan satu dosa dalam diri anda. Bererti anda menghalalkan yang haram di sisi Allah, yang merupakan salah satu sebab akan diseksa di alam kubur. Berikutan propaganda bahawa kiamat pada 2012. Kemudian ramailah yang mengingatkan, itu cuma propaganda, jangan percaya, hanya Allah yang tahu bila kiamat. Ramai orang di luar sana salah anggap. Bukan bermakna kiaman CONFIRM bukan tahun ini. Dan bukan bermakna masih ada masa lagi nak enjoy hidup kat dunia ni. Ingatlah ada kiamat lagi satu, kiamat kecil : sakaratulmaut. Takkan nak tunggu matahari terbit dari barat baru nak taubat? Dah tak sempat bro.

Balik kepada isu tadi, inilah realiti masyarakat Malaysia sekarang ini. Aku bukan menteri atau sesiapa yang ada kuasa nak ubah semua ini. Aku juga tak mampu nak bercakap perkara ini kepada jutaan manusia di luar sana yang imannya sedang berkocak kerana iman aku sendiri tidak sekuat mana, cuma aku telan dan muhasabah kerana itulah selemah-lemah iman. Tak salah untuk kita menonton perlawanan bola sepak di stadium. Tak salah untuk kita menyokong pasukan negara kita. Tapi biarlah berpada-pada. Ingatlah itu semua dunia sahaja. Kalau nak pergi, cukupkan solat lima waktu dulu, berjemaah kat surau/masjid lagi bagus. Buat sikit-sikit amalan sunat. Barulah kita boleh prepare iman kita daripada dihasut syaitan dan juga syaitan yang bertopengkan manusia. Tengoklah mereka yang lead ultras malaya tu, pakai seluar pendek, koyak-koyak, rambut punk, colour rambut, pakai topeng macam terrorist, mata bercelak tebal, bibir hitam, itu ke yang kita nak ikut? Senang cerita, nak tengok bola boleh, tapi janga terlalu obses dan fanatik sangat la. Benda-benda ni tak menjamin syurga pun.

Jadi di kesempatan ini, aku kongsikan pengalaman ini semoga ada orang yang mungkin imannya lebih tinggi dari aku atau seseorang yang ada kuasa untuk menyampaikannya kepada umat Islam di luar sana. Aku cuma berharap suatu hari nanti, aku akan terserempak dengan seseorang ketika solat berjemaah di mana-mana rumah Allah di atas muka bumi ini yang pada ketika itu dia berkata, "Eh, aku penah nampak kau. Kau penah pergi stadium tengok malaysia lawan jepun kan? aku la salah seorang ahli ultras malaya yang duduk kat depan sekali tu". :D
Allahumma nsuril islama wal muslimin.

-Khamis, 23 Februari 2012, 1.28PM


p/s : umat Islam kat luar Negara berperang secara fizikal, negara mereka diserang, kediaman mereka dibom, ahli keluarga dibunuh. Selain mengharap pertolongan Allah, mereka juga minta bantuan dari negara-negara Islam yang lain seperti Malaysia. Tapi di negara kita, kita berperang secara rohani. Minda anak muda dihasut, nafsu mereka dirangsang dengan keduniaan, iman mereka semakin goyah. Nak minta tolong siapa? Insya-Allah, kita berdoa selagi terdaya. Tapi usahanya? Segalanya bermula dari anda.

No comments:

Post a Comment