Basmalah

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tuesday, 28 February 2012

Tidak ku sangka

Pada suatu hari yang agak cerah, aku balik dari kolej dengan menunggang motorsikal merahku. Terasa dahaga pula tekak aku... Jadi aku pun berhentilah di sebuah kedai untuk membeli sekotak minuman berperisa Blackcurrant (1 Liter) untuk dibawa minum di rumah. Setelah selesai segala urusan pembelian, aku pun teruskan perjalanan. 



Dalam perjalanan pulang, aku berhenti seketika di sebuah kedai dan letakkan motorsikal aku di situ. Aku pun tinggalkan Aku pun tinggalkan air tu kat bakul motor... 

Gambar hiasan

Sunday, 26 February 2012

Kita bagaimana?


Nukilan dari seorang sahabatku yang tinggal di Shah Alam.


 .بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ. اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 



Semoga dengan salam ini dapat mengukuhkan ukhuwah kita semua.
Umur aku 17. Sekarang tengah tunggu keputusan SPM. Aku bukan manusia sempurna, bukan juga manusia yang alim apatah lagi maksum. Aku cuma manusia biasa yang penuh dengan dosa. Salah satu tabiat aku, aku suka memerhati, menilai, dan berfikir tentang manusia, tentang dunia dan akhirat.

Suatu ketika pada 2011, aku pernah mengikuti satu rombongan di sekolahku. Kami bertolak menaiki bas seawal jam 5 pagi kerana perjalanan yang jauh. Kemudian kami berhenti rehat di satu R&R di kawasan kedah untuk solat subuh. Saat yang sangat mengharukan apabila aku melihat surau di situ bukan sekadar penuh tetapi melimpah sehingga terpaksa berjemaah sebanyak 3 imam. Sangat ramai orang. Sehinggakan ramai lagi yang hanya membawa kain sejadah dan solat subuh di pinggir longkang, di bawah pokok, di tapak permainan, di tepi jalan. Subhanallah.

Baru-baru ini aku turut mengikuti kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di masjid jamek Shah Alam. Kebetulan pada malam itu jugalah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu. Aku juga kagum dengan penduduk Shah Alam yang berpusu-pusu ke masjid, ternyata sambutannya meriah. Alhamdulillah.

Namun apa yang ingin aku ceritakan, pengalaman aku untuk pertama kalinya aku ke tempat 'itu'. Apa 'itu'?

Saturday, 25 February 2012

Ninja dari kalangan haiwan

Hebat memanjat, melompat dari bumbung ke bumbung,berjalan tanpa mengeluarkan bunyi... itulah seekor mamalia kecil dari subspesis  Felis silvestris catus!
Kucing kiri tu Mirana namanya. Kucing kanan pula Kecik.

Ini pula Stokin. Kucing generasi ke-3 di sini. Abang kepada Kecik.

Ini pula Nenek. Nenek kepada Stokin, Tuxedo dan Kecik. Tersadai yee?

Ini pula Mak. Anak kepada Nenek, ibu kepada Stokin, Tuxedo dan Kecik.



Friday, 24 February 2012

Salam kepada semua

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.
[Riwayat Al-Tabrani]